Showing posts with label Filem Dan Drama. Show all posts
Showing posts with label Filem Dan Drama. Show all posts

Sinopsis Filem Mantra

Sinopsis Filem Mantra

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.


Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Pengarah
Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Zul Handyblack
Muzir (Pelakon Utama)

Hasnul Rahmat
Hasbi (Pelakon Utama)

Hamdan Ramli
Pak Long/Warden (Pelakon Pembantu)

Mas Muharni
Mariam (Pelakon Utama)

Bob Lokman
Haji Fatah (Pelakon Pembantu)

Ruzaidi Abdul Rahman
Embah (Pelakon Pembantu)

Mariani
Bidan (Artis Jemputan)

Krew:
Azlan Syah
(Pembantu Pengarah)

Fauziah binti Muhamad
(Penjaga Sambungan)

Rafizah Hussin
(Pembantu Pengurus Produksi)

Ollynn
(Pengarah Seni)

Boe Azhar
(Pengarah Fotografi)

Bakhtiar bin Kartubi
(Property Master)

Penerbit:
David Teo

Ulasan Filem Kecoh Betul

Umum sudah mengetahui betapa mulai 3 Jun lalu, dua filem Melayu mula ditayangkan serentak. Judul pertama, Kecoh Betul, sebuah komedi ringan yang diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd, manakala filem drama cinta Lagenda Budak Setan pula diterbitkan Tarantella Pictures bersama Astro Shaw.

Sebuah lagi filem Melayu yang kini berputar di pawagam ialah Kapoww: Atoi The Ajaib Boy, yang ditayangkan pada 17 Jun.

Pada hujung minggu lalu, Lagenda Budak Setan muncul filem tempatan terbaik dengan menghuni tempat keenam carta pecah panggung, dengan Kapoww pada kedudukan kesembilan dan Kecoh Betul ke-10.

Jika dibandingkan keupayaan usaha Budak Setan dan Kecoh Betul dalam menarik perhatian peminat ke panggung, filem cinta yang diangkat daripada novel tulisan Akadiat Akashah kira-kira 25 tahun lalu itu nampaknya menunjukkan kelebihan kerana selepas dua minggu tayangan, pungutannya sudah pun mencecah RM4 juta.

Filem arahan Sharad Sharan itu dibintangi Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Shiqin Kamal, Nur Fazura dan Raja Farah.

Manakala Kecoh Betul yang membariskan pelakon seperti Nabil Ahmad, Bell Ngasri, Saiful Apek, Diana Danielle, Yatt dan Datuk Aziz Sattar pula memungut sekitar RM2.8 juta.
Begitupun, pengarah filem komedi terbabit, Baldev Singh, bersyukur dan gembira dengan sambutan yang dianggapnya memberangsangkan terhadap filem Melayu pertama arahannya.

Ketika ini, filem yang turut dilakonkan Sheila Mambo, Vanessa Chong dan Fauziah Nawi itu ditayangkan di kira-kira 44 skrin seluruh negara, dengan tiga lagi panggung difahamkan mula menayangkannya sejak beberapa hari lalu. Pawagam di Brunei juga turut menayangkan Kecoh Betul mulai 24 Jun.

"Saya gembira dengan persembahan pungutan yang dilakukan filem kami. Ketika yang sama, saya turut berbangga dengan sambutan orang ramai terhadap Lagenda Budak Setan. Walaupun ia bersaing dengan filem terbitan kami, tetapi sambutan itu sebenarnya baik untuk perkembangan industri perfileman tempatan secara keseluruhan," kata Baldev.

Lebih menggembirakan pengarah terbabit apabila Kecoh Betul bukan hanya menarik golongan penonton Melayu untuk ke panggung, sebaliknya penonton kaum lain seperti India dan Singh juga mula memasuki pawagam menonton filem berbahasa kebangsaan. Menerusi tinjauan yang mereka lakukan, filem lawak itu mampu menarik peminat pelbagai bangsa untuk berhibur dengannya.

"Saya seorang yang percayakan pada rezeki. Kutipan yang dilakukan setakat ini pun sudah menggembirakan saya. Modal pun boleh dikatakan sudah diperoleh semula. Sedikit masa lagi, kami akan memasarkannya dalam bentuk DVD atau CD pula. Manakala sebuah stesen televisyen sudah pun meminta kami menerbitkan Kecoh Betul dalam bentuk siri. Ia perkembangan yang cukup sihat untuk filem ini," katanya.



Berhubung kes penahanan pelakon filem itu, Saiful Apek, pada ketika Kecoh betul ligat ditayangkan di pawagam, Baldev, enggan mengulas panjang kerana tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak.

"Bagaimanapun, saya memang berasa sedih atas kejadian yang menimpa dirinya. Bagi saya, dia seorang pelakon yang sentiasa memberikan komitmen terbaik ketika menjayakan filem ini. Malah, bukan dirinya saja, boleh dikatakan semua artis menunjukkan kerjasama cukup baik sepanjang penggambaran dilakukan.

"Komitmen bagus itu pula berlanjutan sehinggalah sesi promosi dan tayangan perdana diadakan. Jadi, saya agak hairan apabila sebahagian daripada artis ini pernah didakwa kurang berdisiplin oleh sesetengah syarikat produksi lain. Saya tidak berdepan sebarang masalah dengan mereka. Kesemuanya, termasuk Apek, datang ke lokasi tepat pada waktunya," ujar pengarah yang juga seorang penerbit ini.

Pada musim perayaan Aidiladha nanti, sebuah lagi filem arahannya, Rasuk, akan ditayangkan. Kali ini memilih untuk menghasilkan judul seram, Rasuk dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Fauziah Nawi dan Sidek Hussain.

Oktober ini juga Baldev berharap dapat memulakan penggambaran sebuah lagi filem, berjudul Darah Panas. Ketika ini, mereka berada dalam perbincangan untuk mendapatkan khidmat dua pelakon popular masa kini, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, bagi memperkuatkan filem berkenaan. Secara lisan, katanya, kedua-duanya tidak mempunyai halangan untuk berlakon dalam filem itu.

Darah Panas antara lain berkisar mengenai persoalan tindakan gadis tempatan yang sanggup melarikan diri mengikuti jejaka Lombok kerana cinta.

Carta pecah panggung:

1 - Toy Story 3 (juga dalam 3D)
2 - The Karate Kid
3 - Raavanan
4 - The A-Team
5 - Sex And The City 2
6 - Legenda Budak Setan
7 - Prince Of Persia: The Sand of Time
8 - The Haunting Lover
9 - Kapoww: Atoi The Ajaib Boy
10 - Kecoh Betul

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Sinopsis Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami

Sinopsis Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami


Cerita yang mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara masih lagi belum kberkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkanya bersetuju untuk berkahwin sehingga sanggup 'mix and match' anaknya itu dengan calon yang dirasakan mereka sesuai. Namun Nik Melati Sukma atau Nikki nekad mencari jodohnya sendiri.

Pelbagai peristiwa lucu yang melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami sementelah ibunya Fatimah telah memberi kata dua:seandainya tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki tiada pilihan melainkan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta persetujui bersama oleh bapanya Nik Mat.

Dalam melayari pelbagai senario bersama senarai calon-calon suaminya yang panjang, Nikki semakin lelah kerana apa yang dimahukannya tidak diperolehinya. Putra Aziz Al-Biruni; anak rakan baik ibunya, walaupun tampan namun kerjayanya sebagai peguam menjadikan sifat yang suka berperang di mahkamah bagi menegakkan kebenaran terbawa-bawa hingga ke luar dan ini turut melemaskan Nikki.

Maka Nikki yang amat terkenal dengan sifatnya ynga 'impulsive' lantas mengambil keputusan nekad untuk berkahwin degan Omar Shariff, lelaki yang sentiasa ada dalam hidupnya sekian lama. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Nikki bertemu kembali kekasih lama yang dicintainya sewaktu di universiti dulu iaitu John Johny Johnathan.

Paling tragis sekaligus membuatkan Nikki berfikir dua kali samada untuk meneruskan pernikahannya dengan Omar Shariff atau tidak ialah, apabila John Johny Jonathan melamarnya pada hari pernikahannya itu. Apakah sifat impulsive NIkki kali ini mampu mendorongnya untuk membatalkan pernikahan dengan Omar Shariff di saat akhir?Jawapanya ada di dalam Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!

Trailer Preview Filem 2 Alam - Dr Rozmey


Filem 2 Alam Dr Rozmey




Filem Dua Alam dari Dr Rozmey Production

Sinopsis Sayang Cendana TV3

Bagi peminat slot Lagenda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang, cerita dongeng mitos patung Cendana, iaitu Sayang Cendana telah mula bersiaran mulai 3 Mei ini.

Sinopsis Sayang Cendana
Sayang Cendana menceritakan percintaan antara manusia dan Puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta.

Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia.



Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.

Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan.

Hakimi berjanji akan menyintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya. Adakah Hakimi cinta sejati Cendana.

Drama 20 episod yang dilakonkan oleh Juliana Evans, Fezrul Khan, Nadia Mustapha, Intan Azura, Shajiry, Kat Mentor, Tony Eusoff, Kuman dan ramai lagi ini diterbitkan Pena Creatives Pictures dan diarahkan oleh Ismail Yaakob serta penghasilan skrip oleh Mazelan Manan.

Filem Lagenda Budak Setan

Sinopsis Filem Lagenda Budak Setan


Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.



Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.

Jiwa Kacau Telemovie

Telemovie Jiwa Kacau kini ditayangkan di Astro Prima pada pukul 10.30 malam (Ahad). Antara pelakon lain yang menjayakan Telemovie ini ialah Intan Ladyana, Hafidzuddin Fazil, Sheila Mambo, Faizal yusuf, Along Cham dan ramai lagi serta penampilan istimewa daripada penerbit iaitu Mawi sebagai Inspektor Johar.

Kisah tentang penagih dadah yang kepulangannya tidak diterima masyarakat sehingga menyebabkan dia terjebak semula ke kancah itu. Pemuda bernama Kamil yang sentiasa dipersalahkan oleh masyarakat akhirnya kembali menagih akibat dari patah hati dengan teman wanitanya. Banyak lagi pengajaran yang cuba diterapkan dalam telefilem ini.

Memegang watak utama sebagai Kamil menerusi telemovie berjudul Jiwa Kacau, pendatang baru dunia seni tanah air, Syed Ali Tar Mohd, 25, (gambar) mengaku mempunyai kisah peribadi tersendiri yang berkait rapat dengan watak yang dibawanya.

“Bukan senang untuk melakonkan watak penagih dadah, tetapi mujurlah pengalaman yang berlaku ke atas keluarga saya banyak membantu. Telemovie ini sangat berkait rapat dengan kisah abang saya yang juga merupakan seorang penagih dadah, tapi kini telah pun kembali pulih dan sihat sepenuhnya.

“Terdapat beberapa babak dalam cerita ini yang sedikit sebanyak menyentuh detik-detik ketika abang saya masih berada dalam keadaan tertekan akibat dikeji oleh masyarakat sekeliling. Pernah satu ketika abang membawa parang sekeliling kampung setelah tidak tahan mendengar umpat keji oleh masyarakat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran telemovie berkenaan di pejabat Mawi, MW Entertainment Sdn. Bhd, di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Anak muda kelahiran Kuala Kangar, Perak ini juga tidak segan silu berkongsi kisah bersama rakan media bahawa pada asalnya dia tidak begitu yakin dapat menjiwai watak berkenaan dengan baik. Malah ketika penggambaran telemovie itu, dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menghayati watak itu.

Namun, dengan kesungguhan yang ada, dia akhirnya berjaya membawakan watak itu malah turut mendapat pujian dari pengarah, Rahila Ali dan penerbitnya, Mawi. Sebagai pelakon baru, Syed Ali, memberitahu, dia sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah dibuli habis-habisan demi menghayati watak tersebut.

“Ada beberapa babak yang dilakonkan secara ‘real’ antaranya babak muka saya diludahi dan dipukul oleh penduduk kampung. Memang seksa, tapi saya tak kisah sebab biarlah ia nampak ‘real’ dan dapat memuaskan hati pengarah dan penerbit, ” katanya yang pernah membintangi drama bersiri Renjis di Astro Ria, sebelum ini

Semerah Cinta Stiletto

Sinopsis Filem Semerah Cinta Stiletto

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani).


Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.

Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah.

Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja.

Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond.

Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto.



Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya.

Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila.

Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.

Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya.

Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu.

Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.

Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih.

Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup.

Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.

Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula?

Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?

Segalanya terjawab dalam filem "Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.

Desperate Housewives musim ke-6

Desperate Housewives musim ke-6 ini lebih meriah kerana sebuah keluarga baru akan berpindah ke situ, membawa sekali rahsia mereka yang misteri. Nampaknya Angie Bolen dan suaminya Nick telah berpindah di rumah yang sempurna dalam lingkungan jiran-jiran yang sempurna dan selesa. Semuanya seperti dalam keadaan baik sahaja. Tetapi apabila anaknya yang kurang upaya, Danny menimbulkan sedikit kekacauan, mereka takut akan menanggung malu apabila rahsia mereka terbongkar

Dari sudut pandangan dimensi ketiga, roh Mary Alice kini dapat melihat dan memahami keadaan sebenar keluarga dan rahsia di sebalik pintu rumah jiran-jirannya lebih mendalam lagi berbanding hayatnya semasa hidup.

Desperate Housewives musim ini masih dibintangi oleh watak utama yang ada kekuatan tersendiri seperti Teri Hatcher sebagai Susan Mayer, Felicity Huffman sebagai Lynette Scavo, Marcia Cross sebagai Bree Hodge, Eva Longoria Parker sebagai Gabrielle Solis, Ricardo Antonio Chavira sebagai Carlos Solis, Doug Savant sebagai Tom Scavo, Kyle MacLachlan sebagai Orson Hodge, Dana Delany sebagai Katherine Mayfair, Drea de Matteo sebagai Angie Bolen, Maiara Walsh sebagai Ana Solis, Brenda Strong sebagai Mary Alice Young, James Denton sebagai Mike Delfino, Andrea Bowen sebagai Julie Mayer, Kathryn Joosten sebagai Mrs. McCluskey, Jeffrey Nordling sebagai Nick Bolen, Beau Mirchoff sebagai Danny Bolen, Charlie Carver sebagai Porter Scavo, Joshua Logan Moore sebagai Parker Scavo, Kendall Applegate sebagai Penny Scavo, Madison de la Garza sebagai Juanita, and Mason Vale Cotton sebagai MJ Delfino.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri 23 episod, Desperate Housewives musim ke-6 ini bermula 23 Mac 2010, pada pukul 10.30 malam di saluran hip 8TV dan juga saluran Astro 708.

Filem Box Office 2/22/2010 - 3/7/2010

1. 72 TENANTS OF PROSPERITY

2. PERCY JACKSON & THE LIGHTNING THIEF

3. LITTLE BIG SOLDIERS (HKG)

4. ALL'S WELL END'S WELL TOO 2010 (HKG)

5. WOLFMAN

6. 14 BLADES (HKG)

7. TRUE LEGEND (HKG)

8. VALENTINE'S DAY

9. LU PIKIRLAH SENDIRI

10. AVATAR [3D]

Sinopsis & Trailer Remp-It V3 Samseng Jalanan

Sinopsis Remp-It V3 Samseng Jalanan


REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi manusia. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, taikoon pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, main kotor dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.

Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.

Trailer Filem Niyang Rapik

Sinopsis Niyang Rapik


Niyang Rapik bermula dengan kematian Zack (Fizz Fairuz) akibat busung setelah pulang daripada kampung Niyang Rapik. Kematiannya membimbangkan rakannya yang lain yang turut serta dalam kajian sejarah di kampung terbabit.



Helmi (Kamal Adli), Saiful (Zed Zaidi), Zizan (Shaheizy Sam) dan Amir (Awal Ashaari) bercadang kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit lama yang diambil sewaktu melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.

Kerambit yang diambil arwah Zack dikhuatiri menjadi penyebab kepada kematiannya, namun setelah memulangkan pusaka tersebut kepada tuannya, mereka masih diganggu pelbagai kejadian aneh. Kehadiran Laila (Liyana Jasmay) anak kepada Tok Neram (Nasir Bilal Khan) seakan misteri kerana tingkah lakunya tidak lagi seceria dahulu.

Keadaan menjadi semakin huru hara, anggapan mereka tersasar. bukan kerambit menjadi punca. Kesilapan silam kembali menghantui.

Apa sebenarnya perkara yang mereka lakukan hingga membawa kepada kematian Zack? Siapa diantara mereka yang harus bertanggungjawab? Segalanya di dalam Niyang Rapik, sebuah lagi filem seram arahan Ahmad Idham di pawagam bermula 25 Februari ini.

Trailer dan sinopsis Jumbo Gajah Biru

Sinopsis dan trailer filem animasi Jumbo Gajah Biru



Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan ( Filem Khan Kluay 1). Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.


LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.

Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.

--------------

ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD akan mempersembahkan sebuah filem animasi yang bertajuk JUMBO GAJAH BIRU yang dijadual akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Mac 2010 .

JUMBO GAJAH BIRU ini merupakan sebuah filem animasi dari Thailand yang dialih bahasa ke dalam bahasa melayu. Tajuk asal filem animasi ini adalah KHAN KLUAY 2 .



JUMBO GAJAH BIRU akan menggunakan khidmat suara MILA dan AKIM bagi mengalih suara animasi ini ke dalam bahasa melayu. Ini merupakan projek pertama pengalih suaraan filem animasi Thailand ke dalam Bahasa Melayu oleh ASTRO. Tujuan animasi ini dialih suara adalah bagi menyesuaikan filam animasi ini untuk tontonan penonton dan pasaran tempatan.

Sinopsis Drama Dunia Batinku

Kehilangan insan tersayang menjadi tulang belakang pada keluarga sememangnya memeritkan. Namun, apa yang berlaku sudah ditentukan oleh qada dan qadar. Semangat air mata adalah teman setia untuk meneruskan kehidupan. Yang pergi pastinya tidak akan kembali lagi. Itulah yang ingin dipaparkan penerbit dan pengarah terkenal, Azman Yahya atau Jinggo dalam karya terbarunya, Dunia Batinku sempena Maulidur Rasul yang disiarkan dalam slot Cerekarama pada Sabtu, 20 Februari ini di TV3.

Sinopsis Drama Dunia Batinku

Dunia Batinku mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup dengan suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi. Kehilangan suami menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi, apabila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mentuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tidak ada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Halimah pernah cuba membunuh diri kerana tidak mahu menyusahkan Khadija anak-beranak. Meskipun dihimpit kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia enam tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija. Malang tidak berbau. Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama anak dalam kandungannya.



Zainal menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik beradiknya. Namun, dugaan demi dugaan menimpa, adik bongsunya, Siti Mariam terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim. Dapatkah Zainal menunaikan janji kepada adik-adik, mereka akan bersatu kembali?

Sinopsis Filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie

FILEM: LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE

SINOPSIS:
Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussein di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5, Aziz M. Osman dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini?

Pelakon:
Nabil, Puteri Sarah Liyana, Meet Uncle Hussein, Tasya, Zizan, Mila, dan ramai lagi..

Penerbit:
Dato’ Suhaimy Othman
Datin Muniroh Kassim
Aminah Rhapor

LOST Season 6 Official Trailer



LOST Season 6 New Trailer (#3) - High Quality

Sinopsis Ulasan Filem Case 39

Sinopsis Ulasan Filem Case 39



Case 39 : Filem seram yang membuatkan anda menjerit

* Judul: Case 39
* Pelakon: Renée Zellweger, Bradley Cooper, Ian McShane, Kerry O'Malley, Callum Keith Rennie dan Jodelle Ferland
* Pengarah: Christian Alvart
* Penulis skrip: Ray Wright
* Genre: Seram Thriller
* Durasi:1 jam 51 minit

Case 39 hasil tulisan Ray Wright dan diarahkan oleh Christian Alvart, filem Case 39 mampu membuatkan bulu roma berdiri serta mengundang perasaan cemas dan takut sepanjang filem ini diputarkan.

Kisah bermula dengan memaparkan babak di sebuah rumah usang pada waktu malam. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang dalam ketakutan dan begitu juga kedua ibu bapanya. Biarpun ia sekadar babak pengenalan, namun situasi itu bakal menjawab persoalan yang timbul di pengakhiran filem itu nanti.

Berbeza dengan filem Paranormal Activity yang diambil dari situasi sebenar di lokasi kejadian, Case 39 pula membongkar misteri seorang kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa penderaan ibu dan bapanya sehingga menyebabkan pelajarannya merosot. Kes ini kemudian dikendalikan seorang pekerja sosial yang dilakonkan oleh bekas pemenang Oskar, Renee Zellwegger menerusi watak Emily Jenkins.

Percaya bahawa kanak-kanak itu mengalami trauma apatah lagi apabila dia sendiri menyaksikan Lilith hampir menjadi mangsa kekejaman kedua orang tuanya sendiri menyebabkan Emily nekad untuk mendapatkan penjaga baru kepada kanak-kanak malang itu. Namun melihat kepada kebaikan yang ditunjukkan Emily membuatkan Lilith merasa Emily adalah penjaga paling layak untuk melindungi dirinya.

Walaupun pada awalnya Emily agak keberatan namun atas dasar simpati akhirnya dia bersetuju memelihara kanak-kanak berusia 10 tahun itu tanpa menyedari tindakannya itu adalah permulaan kepada segala-galanya.

Sejak Lilith tinggal bersamanya, pelbagai kejadian aneh berlaku dan lebih menakutkan apabila berlakunya kematian yang mengerikan membabitkan mereka yang rapat dengan Emily.

Kekuatan filem ini sebenarnya terletak pada kehebatan pelakon utamanya. Watak Lilith yang dilakonkan Jodelle Ferland cukup berkesan. Sebagai kanak-kanak yang teraniaya, mimik muka dan lontaran dialognya cukup meyakinkan sehingga ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialaminya. Tak siapa yang tahu bahawa di sebalik kelembutan wajah dan tutur katanya, Lilith sebenarnya menyimpan rahsia hitam yang hanya dapat diketahui di penghujung ini.

Filem ini digarap dengan cukup kemas. Plotnya tersusun serta mudah difahami penonton. Paling menarik adalah dari segi gerak kerja kamera kerana ia menyumbang kepada ketakutan penonton ditambah dengan kesan bunyi yang menyeramkan. Walaupun ramai yang menyifatkan filem seram pada masa kini agak kelise namun Case 39 memberikan kelainan kepada penonton. Nantikan kejutan di penghujung filem ini. Selamat menjerit di pawagam.

Ulasan Filem: Adnan Sempit

Ulasan Filem: Adnan Sempit


Menyatukan dua genre kegemaran khalayak tempatan -aksi dan komedi, Adnan Sempit karya terbaru pengarah prolifik, Ahmad Idham bakal memulakan percaturannya di pawagam di seluruh negara pada 14 Januari ini. Adnan Sempit tidak dapat lari daripada sentuhan tipikal filem komedi seperti arahan Ahmad Idham sebelumnya termasuk yang terbaru, Senario The Movie - The Beach Boys.


Cuma mungkin Adnan Sempit diwarnai dengan elemen dialek, muzikal dan aksi remaja diadun bersama komedi yang dipersembahkan secara ringan menyuntik sedikit variasi pada garapan Idham ini. Kelebihan Idham dalam memahami selera khalayak massa memudahkan dirinya mencorakkan Adnan Sempit memenuhi keperluan usia dan minda kumpulan penonton sasarannya.

Justeru sekiranya khalayak ingin mencari sesuatu yang luar biasa dalam Adnan Sempit, itu tidak akan ditemui kerana filem ini digarap ringan dan tidak mengelirukan penonton. Adnan Sempit tidak menceritakan kehidupan mat rempit, sebaliknya membawakan kisah cinta seorang penghantar surat, Adnan atau Nan lakonan Shahiezy Sam yang jatuh cinta kepada ketuanya, Nadia (Intan Ladyana).

Latar filem ini diangkat daripada isu rempit yang diolah bersama penggunaan bahasa pertuturan harian memberi sedikit kelebihan kepada Adnan Sempit untuk dekat di hati khalayak. Seperti kata Idham sendiri, memahami sensitiviti masyarakat, dia menjuruskan cerita dalam Adnan Sempit kepada filem aksi komedi yang tidak terlalu berat namun masih mempunyai kelompok peminat sasaran.

Adnan Sempit juga memperlihatkan keberanian Idham mengenepikan aspek populariti pelakon untuk menjadi teras yang menghidupkan filem ke-33 terbitan MIG Production itu.

Nama seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana Samsudin dan Along (Raja Lawak) barangkali tidak berdiri dalam senarai popular.

Bagaimanapun, setiap mereka mempunyai karisma dan pesona tersendiri sekali gus membantu melengkapkan pakej dikehendaki untuk filem ini. Seperti kata Idham, Adnan Sempit mungkin tidak memenuhi kriteria filem terbaik seperti yang dimahukan media massa atau pengkritik filem tetapi apabila dipertontonkan kepada orang awam, ia menerima rangsangan yang cukup mengesankan.

Pengarah itu tidak salah dalam percaturannya kerana sentiasa memberikan pilihan tontonan kepada pencinta filem Melayu. Dalam memberikan pilihan itu, pastinya dia tidak bebas daripada menerima ulasan jelek, memualkan atau membosankan daripada pihak media.

Itu persoalan biasa kerana sebagai sutradara yang mempunyai kredibiliti dan kreativiti tersendiri, Idham bijak mengimbangi supaya nama besarnya terus dihormati dan dipandang tinggi kelompok penggiat perfileman yang serius.

Cuma Adnan Sempit terlalu kecil buat pelakon hebat seperti Shaheizy. Bakat serta karisma lakonannya lebih besar dan berkualiti berbanding watak Adnan yang diserahkan kepadanya dalam produksi itu. Setiap satu watak membantu antara satu sama lain dan secara keseluruhan, Adnan Sempit tidak meletakkan seluruh ‘beban’ kepada teraju utamanya semata-mata.

Biarpun masih baru, lakonan Along dan Angah yang dicungkil menerusi pertandingan Raja Lawak Astro tidak mengecewakan.

Persembahan mereka selamba, bahkan pada sesetengah kemunculan membantu memberi graf kepada perjalanan Adnan Sempit.

Tetapi tidak kepada lakonan Intan Ladyana. Entah kenapa penghayatan karektor sebagai Nadia masih belum meresapi diri Intan sepenuhnya. Disebabkan kelemahan itu, tenaga yang seharusnya ada dalam diri Nadia tidak terzahir sebaliknya yang disajikan kepada penonton cuma sebuah kekurangan.

Sinopsis

MENGISAHKAN Adnan, seorang mat rempit berusia lingkungan 27 tahun dan lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan kepada bosnya, Nadia.

Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya serta sering ditemani pembantu peribadi, Wawa. Wawa ialah teman wanita kepada Bobby yang juga sahabat Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan dia susah dan takut untuk bercinta lagi.

Nadia yang tercabar dengan rakan-rakannya terus memperkenalkan Adnan sebagai teman lelakinya. Sejak peristiwa itu, pelbagai cerita berlaku antara mereka hingga satu hari Nadia cedera diserang sekumpulan remaja dan diselamatkan Adnan. Nadia mula menyimpan perasaan terhadap Adnan.

Bagaimanapun, Jofri rakan Nadia ketika menuntut menyimpan hasrat untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun. Zack mengambil kesempatan terhadap Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar.

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Shaheizy Sam; Intan Ladyana; Norliana Samsudin; Along (Raja Lawak); Cat Farish; Julia Hana; Angah (Raja Lawak) Dan Zack X Factor

Genre: Komedi Aksi
Nadia cuba menyelami dunia mat rempit.

Mula Tayangan: 14 Januari 2010

Source: Berita Minggu

Paranormal Activity Movie Trailer


PARANORMAL ACTIVITY: Movie Trailer

After a young, middle class couple moves into what seems like a typical suburban "starter" tract house, they become increasingly disturbed by a presence that may or may not be somehow demonic but is certainly most active in the middle of the night.

Sinopsis Drama Komedi Hung, Astro

Drama komedi Hung dibintangi Thomas Jane (The Punisher) sebagai Rey Drecker di saluran 411 Astro bermula 4 Januari,10 malam.

Sinopsis Hung :

Cerita Hung mengisahkan tentang seorang jurulatih pasukan bola keranjang sekolah tinggi yang mengambil jalan mudah dengan memilih pelacuran sebagai karier barunya.Segalanya bermula bila Rey Drecker,seorang bapa kepada dua anak kembarnya dihimpit masalah kewangan yang kritikal sehinggalah seorang rakannya memberi ilham kepadanya untuk menggunakan muka kacak dan batang kemaluannya yang besar sebagai mata pencarian yang baru.Ray cuba mengekalkan kehidupan normalnya sementara membuat duit sebanyak mungkin melalu kerja barunya sebagai gigolo.

Pelakon :

* Thomas Jane sebagai Ray Drecker
* Jane Adams sebagai Tanya Skagle
* Anne Heche sebagai Jessica Haxon
* Charlie Saxton sebagai Damon Drecker
* Sianoa Smit-McPhee sebagai Darby Drecker
* Eddie Jemison sebagai Ronnie Haxon
* Rebecca Creskoff sebagai Lenore
* Natalie Zea sebagai Jemma
* Joshua Leonard sebagai Pierce