Sinopsis Drama Dunia Batinku

Kehilangan insan tersayang menjadi tulang belakang pada keluarga sememangnya memeritkan. Namun, apa yang berlaku sudah ditentukan oleh qada dan qadar. Semangat air mata adalah teman setia untuk meneruskan kehidupan. Yang pergi pastinya tidak akan kembali lagi. Itulah yang ingin dipaparkan penerbit dan pengarah terkenal, Azman Yahya atau Jinggo dalam karya terbarunya, Dunia Batinku sempena Maulidur Rasul yang disiarkan dalam slot Cerekarama pada Sabtu, 20 Februari ini di TV3.

Sinopsis Drama Dunia Batinku

Dunia Batinku mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup dengan suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi. Kehilangan suami menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi, apabila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mentuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tidak ada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Halimah pernah cuba membunuh diri kerana tidak mahu menyusahkan Khadija anak-beranak. Meskipun dihimpit kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia enam tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija. Malang tidak berbau. Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama anak dalam kandungannya.



Zainal menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik beradiknya. Namun, dugaan demi dugaan menimpa, adik bongsunya, Siti Mariam terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim. Dapatkah Zainal menunaikan janji kepada adik-adik, mereka akan bersatu kembali?

0 comments:

Post a Comment

# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!