1. Gitar jenama Godin
Saya baru memiliki gitar ini dua minggu lalu melalui perjanjian bersama Guitar Store. Selain saya, kumpulan Hujan dan Yuna juga bekerjasama dengan Guitar Store. Persembahan bersama Nidji baru-baru ini adalah penampilan pertama bersama gitar ini.
2. Kasut Supra
Kata orang, kasut ini bertuah kerana melayakkan saya memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25. Kasut emas ini saya pilih untuk digandingkan dengan baju - ternyata cukup menyerlah di pentas! Harganya cuma RM300!
3. Jam tangan
Saya bukanlah penggemar jam tangan dan tidak mempunyai koleksi bagi aksesori ini. Dua utas jam tangan ini, Toy Watch dan Guess adalah pemberian teman.
4. Telefon iPhone
Sesuai dengan gaya hidup saya yang aktif dan padat dengan aktiviti seni, telefon iPhone cukup membantu dan mudah bagi saya mengatur aktiviti harian. Apa yang menarik, saya turut memuat turun aplikasi piano dalam telefon ini bagi membolehkan saya mengenal key muzik dengan mudah.
5. Minyak wangi Burberry dan Davidoff
Jika ditanya, ketika ini, saya lebih menggemari minyak wangi Gucci by Gucci. Saya mudah jatuh hari pada haruman tertentu mengikut musim. Malah, kalau tidak ada
barang yang hendak dibeli, tidak mustahil saya akan bawa pulang sebotol haruman terbaru.
6. Zoom Q3
Gajet yang saya baru miliki ini benar-benar memberi kepuasan. Saya dapat menonton semula persembahan melalui video serta kualiti audio ang cukup mengagumkan.
Zoom Q3 mampu menangkap pelbagai bunyi dengan kualiti audio terbaik. Gajet ini saya beli pada harga kira-kira RM1,300.
7. VCD Sheikh Ahmad Deedat
Tokoh agama ini menjadi idola saya kerana ketokohan beliau menguasai pelbagai ilmu agama serta mampu memberi hujah mengesankan. Andai ada khalifah, tidak syak lagi Sheikh Ahmad Deedat calon paling layak.
8. Buku motivasi dan panduan muzik
Buku Follow Your Heart membantu saya membina motivasi dalam industri muzik. Manakala buku Make It In Music menyentuh ilmu muzik dari A hingga Z. Buku yangd diterbitkan di Australia ini mampu memberi panduan kepada mereka yang mahu menyertai industri muzik. Dari soal konsep, royalti hinggalah pembikinan lagu, semuanya ada dalam buku ini.
9. Skinny Jeans
Jika ramai perasan, saya sering menggayakan skinny jeans setiap kali muncul di pentas dan sesi fotografi. Dulu ketika berat badannya tidak mengizinkan, menyarung skinny jeans suatu angan-angan. Apabila berat badan turun hingga 68 kilogram, banyak jenama skinny jeans seperti Zara, Topman dan Cheap Monday Jeans boleh saya pakai.
10. Tali pinggang
Saya tiada jenama tertentu bagi tali pinggang. Asalkan bergaya dan warna yang menarik perhatian, sudah memadai. Jika bukan Topman, tali pinggang yang boleh ditemui di Sungei Wang juga boleh dipakai asalkan memenuhi cita rasa saya.
Sekilas Aizat...
* Nama penuh bintang AF5 ialah Muhammad Aizat Amdan.
* Pernah memiliki berat badan 98 kilogram sebelum berjaya mengurangkan sehingga 68 kilogram. Berat badan terkini Aizat ialah 78 kilogram.
* Selain boleh mencipta lagu dan menghasilkan lirik, Aizat juga berkebolehan melukis komik.
* Bakal muncul dengan album baru yang dijangka dipasarkan selewat-lewatnya pada Jun depan.
* Lokasi pusat beli belah kegemaran ialah Pavilion Kuala Lumpur, Plaza Mont Kiara dan Sungei Wang Plaza.
* Memiliki kira-kira 10 pasang skinny jeans pelbagai jenama.
* Percaya kepada bakat dan kebolehan sendiri dalam muzik, Aizat tidak mahu terikut kepada konsep arus semasa dalam memperjuangkan bakat seni.
sedap nyew suare aizat niey,huhu,,,,,,
ReplyDeletesy nie pminat aizat...lagu aizat sume nye best2..sy ske ar..gud luck aizat...
ReplyDelete