Kau suruh ku masak sedap-sedap
agar ibumu setuju
Akuuuu… turutkan saja.
Ku bergelut dengan sayur, ikan
yang namanya ku tak tahu
hingga akhirnya ku capai telefon
untuk panggil bomba.
Aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
Ku cuba
Hanya satu yang ku pinta
Agar kau cuba
kau cuba
Jangan suruh aku jadi seperti dia
aku tak mahu walau ku daya
Kalau tak nak
usah bilang kau nak
Biar aku jadi seperti aku
Bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau tinggalkan dia
Kau suruh ku mekap lawa-lawa
agar temanmu cemburu
Aku tepekkan segala.
Ku bergaduh dengan bedak, gincu
yang tak serasi dengan ku
hingga akhirnya kau temankan aku
ke klinik pakar.
Aku bukan yang terbaik
tapi ku cuba
Ku cuba
Hanya satu yang ku pinta
agar kau cuba
Kau cuba
Jangan suruh aku jadi seperti dia
Aku tak mahu walau ku daya
Kalau tak nak
usah bilang kau nak
Biar aku jadi seperti aku
Bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku
Mana mungkin ku kan terima
jadi bayang-bayang dirinya
dan berhenti menjadi aku.
Jangan suruh aku jadi seperti dia
Aku tak mahu walau ku daya
Kalau tak nak
usah bilang kau nak
Biar aku jadi seperti aku
Bukannya susah untuk mengaku
ada sebab kau memilih aku
0 comments:
Post a Comment
# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!