Filem The Twilight Saga: New Moon.




Filem kisah cinta puntianak dalam The Twilight Saga: New Moon meraih kutipan sebanyak AS$140.7 juta (RM476 juta) dalam tempoh tiga hari tayangan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut anggaran, filem tersebut meraih kutipan tiket dari seluruh dunia sebanyak AS$258.8 juta (RM876 juta).

Filem itu menduduki tempat ketiga dalam carta tayangan pembukaan di AS selepas Batman, The Dark Knight mencatatkan kutipan AS$158.4 juta (RM534.67 juta) dan Spider-Man 3 yang memperoleh AS$151.1 juta (RM510 juta).

Pada Jumaat lalu, filem New Moon turut mencipta pembukaan paling tinggi pada hari pembukaan dengan AS$72.7 juta (RM246 juta) sekali gus melenyapkan rekod AS$67.2 (RM227 juta) yang dipegang filem Batman, The Dark Knight.

Filem New Moon mengesahkan percintaan antara seorang pelajar perempuan dengan puntianak lakonan Robert Pattinson. - AP

0 comments:

Post a Comment

# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!