Showing posts with label Sudirman. Show all posts
Showing posts with label Sudirman. Show all posts

Lirik Kau Akan Kembali - Sudirman

Lirik Lagu Kau Akan Kembali - Sudirman

Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantauan
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun nyiur melambai angin timur membelai
Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuhi tubuh mu dari debuan kota

Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling
Mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu keranan dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu

Lirik Budak Baru - Sudirman (Filem KAMI)

Lirik Budak Baru - Sudirman (Filem KAMI)

Ada seorang budak perempuan
Baru pindah ke kampungku
Matanya besar bulat
Dan rambut hitam mencecah bahu

Oo yeah Oo yeah Oo yeah
Oo yeah Oo yeah Oo yeah

Apabila dia lalu
Semua kepala pun pusing
Sungguh ramai yang ingin mengenalnya
Membuatku pening

Oo yeah Oo yeah Oo yeah
Oo yeah Oo yeah Oo yeah

Ingin aku mendekatinya
Bertanyakan namanya
Tapi sayang dia selalu
Berjalan sama adiknya

Lalu aku mencari jalan
Untuk belanja adiknya
Lama lama nanti
Dia kan mahu mengenalku juga

Oo yeah Oo yeah Oo yeah
Oo yeah Oo yeah Oo yeah

Oo yeah Oo yeah Oo yeah
Oo yeah Oo yeah Oo yeah

Lirik Chow Kit Road - Sudirman

Lirik Chow Kit Road - Sudirman

Chow kit road! chow kit road!
Chow kit road! chow kit road!
Chow kit road! chow kit road!
Chow kit road! chow kit road!

Di tengah bandaraya orang merata rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata ha ha ha ha ha ha

Di tengah bandaraya
Yang miskin dan yang kaya
Bagai satu keluarga bersama gembira
Ramai orang berniaga menjual apa saja
Semuanya murah murah ha ha ha ha ha ha

Indahnya petang di chow kit road
Kuala lumpur
Indahnya petang di chow kit road
Kuala lumpur

Di tengah bandaraya walau baik orangnya
Perlu berhati hati di tipu pencuri
Bila melintas jalan jangan sesuka hati
Di tangkap mata mata baru padan muka

Lirik Punch Card - Sudirman

Lirik Lagu Punch Card - Sudirman

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja mesti pantas

Pakai apa saja yang tercapai oleh tangan
Di hadapan cermin jangan lagi nak berangan
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch Card, o cepat X 4

Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku

Punch Card, o cepat X 4

*

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch Card, o cepat X 4

Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku

Punch Card, o cepat X 4

Lirik Seri Tambak (Nyiur Gading) - Sudirman

Lirik Seri Tambak (Nyiur Gading) - Sudirman

Nyiur gading puncak mahligai
Puncak mahligai
Buah ketupat berisi inti

Nyiur gading puncak mahligai
Puncak mahligai
Buah ketupat berisi inti

Hancurlah daging tulang berkecai
Tulang berkecai
Kasih sayang sampai ke mati
Hancurlah daging tulang berkecai
Tulang berkecai
Kasih sayang sampai ke mati

Buah ketupat berisi inti
Berisi inti
Santapan puteri muda remaja
Buah ketupat berisi inti
Berisilah inti
Santapan puteri muda remaja
http://lirikami.blogspot.com

Kalau diikut hajat di hati
Aduhai sayang
Seumur hidup biar bersama
Kalau diikut hajat di hati
Adikku sayang
Seumur hidup biar bersama

Lirik Tak Perlu diUcapkan - Sudirman

Lirik Lagu Tak Perlu diUcapkan - Sudirman

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...

Lirik Fikirkan Boleh - Sudirman

Lirik Fikirkan Boleh - Sudirman

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
KAU BOLEH !

Lirik Dari Jauh Kupohon Maaf - Sudirman

Lirik Lagu Dari Jauh Kupohon Maaf - Sudirman

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Lirik Selamat Hari Raya - Sudirman

Selamat Hari Raya
Hari suci mulia
Kepada muslimin muslimat
Semoga bahagia

Maaf lahir dan batin
Halal makan dan minum
Kepada teman dan saudara
Semoga panjang umur

Selamat berhari raya
Selamat berhari raya
Hari suci mulia
Hari suci mulia

Saling kunjung-mengunjung
( Arab mali tak leh tulih )
Kepada semua umat
Semoga diberkati

( ulang dari mula hingga akhir )

Selamat Hari Raya ( 4X )

Selamat Hari Raya ( 4X )

Lirik Tiada Dendam Di Hati - Sudirman

Telah ku dengar debar jantungmu
Sudah ku kenal hatimu
Ada rahsia teramat rahsia
Engkau lindungkan dariku

Bagaimanakah cara terpuji
Untuk ku simpan lukaku
Agar tiada dendaman di hati
Oleh sikapmu yang dusta

Tidak mungkin ku berkecil hati terhadapmu
Kerta tingkahmu
Tetapi mengapa kau harus berpura
Pada diri ini yang setia

Andainya engkau sudah berpunya
Aku sedia berundur
Kini setelah kasihku mendalam
Engkau luahkan rahsiamu

Lirik Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...

Lirik Gerimis Di Lautan - Sudirman

Gerimis di lautan
Mendayung sampan ke kuala
Pada rang bulan pungguk merayu

Menangis kesiangan
Menanggung rindu pada si dia
Apakan daya orang tak mahu

Apalah guna ke bendang
Padi seberang takkan menjadi
Apalah kasihnya orang
Kasihnya orang orang tak sudi

Gerimis di lautan
Ku ubati lukaku sendiri
Namun parutnya terpandang jua

Oh biarlah ku sendiri
Oh tinggallah ku kan pergi
Oh biarlah
Oh tinggallah

Lirik Hoore! Hoore! - Sudirman

Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore

Bergembira
Bergembira ha ha ha ha
La la la la la la la la
Bergembira

Goyang pinggang goyang badan
Jangan malu dan segan
Kuat lompat jangan rapat
Biar cepat jangan lambat
Jangan sampai terperanjat

Sambil menari sambil menyanyi
Kita bersenang hati
Habis menari kita berhenti
Makan minum sudah ready
Janganlah tunggu lagi

Lirik Balik Kampung - Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Lirik Salam Terakhir - Sudirman

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Lirik Di Manakah Nilai Cintamu - Sudirman

Di manakah nilai cintamu
Oh kasih terhadap diriku
Mengapakah kau bercumbu
Dengan dia itu
Di depan mataku

Tak kusangka sanggup hatimu
Menduakan diriku
Setelah ku beri cinta
Serta jiwa raga
Engkau musnahkannya

Di manakah nilai cintamu oh kasih
Engkau musnahkan
Di kala aku merindu
Di manakah sumpah dan janjimu dulu
Untuk bersama berdua kita bersama

Hancur hampa terima berita
Kini kau diijabkabulkan
Berbahagia dan sejahtera
Dengan dia itu
Hatiku terharu

Berlinang airmata ini
Kerana dirimu oh kasih
Tak pernah terduga hatiku
Begitu murahnya
Cintamu padaku

Lirik Terasing - Sudirman

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Lirik Merisik Khabar - Sudirman

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )

Lirik Sepetang Di Pinggir Bukit - Sudirman

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang di perantauan
Terkenang adik bukan, bukannya sedikit
Nasi terhidang tidak tertelan

( korus )
Ulang-ulang sayang pergi ke titian
Tambat kaki terkukur yang lalu
Alang-alang sayang kita bercintaan
Hasrat hati sekubur denganmu

Pinggan retak di tapaklah tangan
Makanlah sirih berpinang tiga
Jalan semak sayang tanah berlumpuran
Kerna kasih kuharungi juga

( ulang korus )

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang sebatang kara
Rindukan adik bukan, bukannya sedikit
Tidur bertilam si airmata

( ulang korus )

Lirik Bercanda Di Pasiran Pantai - Sudirman

( 1 )
( L: )
Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu

( P: )
Bila tiba waktu untuk kita
Melafazkan rindu yang bergelora

( L: )
Sayangku aku rindu akan harum rambutmu
Berjurai bagai bayu/layar di langit biru

( P: )
Sayangku aku rindu akan belai tawamu
Semerdu bayu yang lalu huu...

( L: )
Cintamu sehebat laut yang luas
( P: )
Sesegar ombak yang memutih

( L: & P: )
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia

( L: & P: )
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia ( pasiran pantai)

( ulang dari mula )