Showing posts with label Spider. Show all posts
Showing posts with label Spider. Show all posts

Lirik Lagu Bukan Salah Aku - Spider

Lirik Lagu Bukan Salah Aku - Spider

Tak dapat bukakan mata
Walau diri telah sedar
Di pagi hari gusar

Semalaman melayani
Nasib ditinggalkan pergi
Dia telah pergi

Katanya perpisahan
Baik untuk kita berdua, berdua

CHORUS PART
Bukan aku yang salah
Tapi dia yang mahu mencari dirinya
Itu katanya tapi aku
Hanya orang yang sederhana
Kau lihat itu , itulah dia

Jangan kau risaukan aku
Aku takkan buat tak tentu
Aku sedar aku siapa
Aku sedar aku sederhana

Ulang Korus
Bukan aku yang salah
Tapi dia yang nahu mencari dirinya
Bukan aku yang salah
Tapi dia yang nahu mencari dirinya

Lirik Lagu Mabuk - Spider

Lirik Lagu Mabuk - Spider

Sepuluh sembilan
Katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh sembilan
Janjimu satu pun tak boleh pegang

Dunia dan apa isinya
Hanya kau punya
Segala-gala kau dah ada
Tak cukup kau masih minta tambah

Mabuk bukan mabuk
Mabuk nama mabuk cinta mabuk kuasa

Sepuluh sembilan
Bertemu tak satu bukan khayal
Sepuluh dan sembilan
Putihmu tak satu bukan sihir

Rembulan dan sinar cahaya
Pada yang kau puja
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Rembulan dan sinar cahaya
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Lirik Lagu Salut Spider

Lirik Lagu Salut Spider

Bukan kau tidak terjaga-jaga
Atau sudah kau hilang rasa
Mahupun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkena
Berbelas, berpuluh, beratus kali engkau

Terbalas
Terhempas
Terpulas
Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut
Tengok dari jauh
Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak balut
Masih lagi ligat
Dimata kita mereka buta
Insan kau cinta tak berguna
Tak patut hidup dipentas maya
Biar saja digilis roda
Berbelas, berpuluh, beratus kali dia

Terbalas
Terhempas
Terpulas
Kita memanglah suka
Dan mahu melihat kau Berjaya
Semoga kau dapat cinta yang indah

Lirik Lagu Kita Satu - Spider

Lirik Lagu Kitasatu Spider

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

Lirik Lagu Resapkan - Spider

Lirik Lagu Resapkan - Spider

Benteng apa ini
Biar aku robohkan saja
Mitos apa ini
Hanya dongeng Israeliah

Semua kemungkinan
Telah menjadi keyakinan
Sebuah kelahiran
Api marjusi terpadam

*CHORUS PART
Rasakan resapkan perubahan ini
Rasakan resapkan rasepi ini
Pecahkan sempadan pecahkan ruyung
Perubahan dating tak dapat dibendung

Berlari- larilah sama detik waktu
Semesti bertemu janjimu
Bila musim semai bersemailah kita
Dan musaim menuai menuailah kita sama

CHORUS

*SOLO

CHORUS
Rasakan…. Resapkan …. Perubahan ini….
Rasakan…. Resapkan… Rasepi ini….
Berlari-larilah sama detik waktu
Mesti bertemu janjimu…

Lirik Lagu Ajaib - Spider

Lirik Lagu Ajaib - Spider

Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi, dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari, hendak cabut dari kata-kata yang dulu
Lututmu itu betulkan dulu
Kencangmu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka bulan-bintang tempat yang sudah habis tinggi

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka sepinya mimpi aku tak akan dapat tembusi

***

Bulan yang satu
Bintang seribu
Di manapun ada kekanda

Mahu ke mana
Pergilah dinda
Pasti kanda akan siap menunggu… mu… ooo-ooo emmm-emmm

***

Bila malam
Rebah tidurlah adindaku
Di ranjangmu
Pasti kekanda muncul di dalam mimpi… aaa-aaa-aaa oh-aaaaa

***

Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi, dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari, hendak cabut dari janji-janjimu dulu
Cintamu itu betulkan dulu
Rindumu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Di manapun aku pasti akan tiba dahulu

Ajaibnya
Tak kau tahu
Cinta aku yang pasti akan sampai dahulu… ooooo

Lagu: Tam
Lirik: Buddhi Hékayat

Lirik Sajak Tembok - Spider

Lirik Sajak Tembok - Spider

Kuning biru jadikan hijau
Hidup jalan jadikan ranjau
Lelap lena jadikan mimpi
Zahir batin jadikan diriku

Malam sinar jadikan bayang
Watak niat jadikan wayang
Awan larat jadikan hujan
Huruf nama jadikan diriku

Baca fikir jadikan cerdik
Helah bohong jadikan runcit
Peluh ilham jadikan duit
Nyawa badan jadikan diriku

Dengar dengan hatimu
Moga kau tak terkeliru

Lirik Buat Sang Puteri - Spider

Hilang mentari
Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi
Cahaya hujung malam di kala sunyi

Hilang kekasih
Ada yang yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayani
Puisi cinta buat sang puteri

*
Pedihnya hatiku yang terguris
Kalau bisa terzahir ke nyata sini
Langit nangis Oh.... Oh......

Kerana dirimu dunia ku terlepas
Kerana.. kerana kau ku bernafas
Kerana tanpamu semangat jadi tewas
Kerana.. kerana kau yang teratas...

Segala apa
Biarpun jiwa aku pertaruhkan jua
Asalkan saja
Dikau bersama diriku selalunya

Kerana.. kerana kau ku bernafas
Kerana.. kerana kau yang teratas...
Kerana.. tanpamu semangat jadi tewas
Kerana.. kerana kau yang teratas...

Lirik Katalis - Spider

Lirik Lagu Katalis - Spider

Bagaimana bisa ku melupakanmu
Pemilik wajah yang meruntun di kalbu
Sekali tersenyum berzaman ku rindu
Dalam lena masih juga mimpikanmu

Semakin ku nafi semakin manjadi
Semakin ku lawan semakin tertawan
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata

Tiap nafas mengutus ghairah dan rindu
Mendesakku gadai maruah diriku
Haruskah ku tunduk mengalah padamu
Sedang cinta menuntutku mendugamu

Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna

Janjikan ku dapat biar kau ku rayu
Kerana hidup tak bermakna tanpamu

Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata

Lirik Dari Telinga Ke Tulang - Spider

Pengorbanan,
kau bukan buat mencari megah nama,
hanya kau dambakan kesungguhanmu,
Membela nasibnya wajar tak berdaya.

Perjuangan, mula dari jiwa biar terancam nyawa,
di pedang yang berkelip,
sekalipun sekkelumit gentar,
takkan kau rasakan,
tak kau rasakan.

(chorus)
Makin hebat, makin terpanggil,
makinlah membara, sampai telinga,
makin rumit, makinlah terangsang,
makinlah geliat, sampai ke tulang.

Putihmu, sulbimu, hayatmu, kudratmu.
perjuangan,
mestilah jangan dipandang sia-sia,
biar diri siapakah engkau,
jadi teka-teki memberi erti,
kesal secebis.
makin hebat... makin terpanggil...,
membara sampai telinga,
makin rumit... makin terangsang...,
geliat sampai ketulang.
ini perjalanan aku,
buat sementara,
mengejar mimpi.

Lirik Relaku Pujuk - Spider

Ku dikejar bayang bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku…

Lirik Lagu Suka Duka Kita - Spider

Lirik Lagu Suka Duka Kita - Spider

Mungkin suka duka hidupku
Sama dengan hidupmu
Lalu kau pun terasa dekat
Dengan diriku ini (sini)

Bukan aku tak menghargai
Apa yang kau korbankan
Tetapi ku sedikit kesal
Atas sikapmu kasih
Kau seperti memaksaku tari rentakmu

(chorus)
Kerana kau yang menangis
Kau mahu ku bersedih
Pabila kau bergembira
Aku pun kau biarkan

Kalau debu mana pun debu
Sekalipun dilangit
Aku manusia biasa
Penuh cela dan silap
Kau seperti memaksaku tari rentakmu

Lirik Lagu Bila Nak Saksi - Spider

Lirik Lagu Bila Nak Saksi - Spider

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan

Lirik Kacap Terlabik - Spider

Lirik Kacap Terlabik - Spider

Kucing Siam
Kucing Parsi
Kucing mana-mana pun bulat mata
Nampak ikan
Lupa segala

Kutu buntil
Kutu butik
Kutu mana-mana pun jadi goyah
Nampak gincu
Mula tergoda

Jangan engkau kata
Engkau tak serupa

Amalak kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Suling Timah
Suling Emas
Suling mana-mana pun sama rasa
Tembak Asap
Kapal berlayar

Butang salut
Butang Plastik
Butang mana-man pun sauk saja
Janji lekat
Baju seluar

Jangan engkau kata
Engkau tak bahagia

Amalak
Kacap Terlabik
Kau gempak
Kacap Terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Lepas engkau makan
Engkau cungkil gigi
Tengok cermin dan suluh diri.

Lirik Kasih Latifah - Spider

Lirik Lagu Kasih Latifah - Spider

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu

Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu

Janganlah kau seksa lagi
Diriku yang lemah dan hina ini
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah pilihanku

Aku sanggup cabar sesiapa saja
Yang sempat memandang cahaya kau itu
Dan tidak tergoda (wajahmu)
Tersungkur jatuh (kasihmu)
Menuntut kasih Latifah (jiwamu)

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu

Lirik Lagu Laukku Cukup Masin - Spider

Lirik Lagu Laukku Cukup Masin - Spider

Makin lama kukunyah
Makin tawar
Macam manis perasa gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan

Mana benar baik mana pula tidak
Baik bodoh atau jahat bijak
Sudah pipi kanan kena sepak
Kepala kasi orang pijak

Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan

Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat

Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
( 2X )

Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Peluru sesat tak kenal siapa tuannya
Peluru sesatmu

Lirik Lagu Aladin - Spider

Lirik Lagu Aladin - Spider

Mana tahu nasib nak rubah
Tuah badan tak boleh baca
Kau jadi Aladin

Asal miskin hina dan dina
Jadi masyur sekelip mata
Kau jadi Aladin

Runtuh dinding
Antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini

( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) lampu yang satu
( Gosok ) sampai kau nampak wajahmu
( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat
( Gosok ) sampai tertanggal semua karat

Kalau tuah boleh tak mati
Apa benda pun boleh jadi
Kau jadi Aladin

Kalau boleh sampai ke bulan dan angkasa
Apa salah singgah kayangan pintu maya
Dan kau jadi Aladin

( 1 )
Runtuh dinding
Antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini

( 2 )
( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) lampu yang satu
( Gosok ) sampai kau nampak wajahmu
( Gosok ) jangan tak gosok
( Gosok ) sampai berkilat
( Gosok ) sampai tertanggal semua karat

( ulang 2 ) ( ulang 1 & 2 ) ( ulang 2 3X )

Lirik Cinta Dewa Dewi - Spider

Lirik Lagu Cinta Dewa Dewi - Spider

Memang benar cinta memang buta
Banyak gadis cantik sini sana
Macam mana aku boleh suka
Pada si dia dewi jelita

Menyesal aku dulu malas baca
Cakap inggeris engkau penat lidah
Nasib la baik pernah ku hafal lagu nirwana

Ada Modal nak bercerita
Ada benda nak diniaga
Biar akhir dia tersedar
Siapakah aku sebenar

Bagai gagak dengan si merak
Dia sudah tak peduli lagi
Sudah terpatri cinta di hati tersimpul mati

Biar apa…
Orang kata…hanya aku dewa sanubari
Dia tahu….
Mana satu… kaca botol ataupun baiduri
Biar apa…
Orang kata… dia langsung tak ambil peduli
Dia tahu…
Mana satu… yang palsu ataupun yang hakiki.

Lirik Mungkinkah Terjadi - Spider

Lirik Lagu Mungkinkah Terjadi - Spider

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

( korus )
Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

Lirik Nazraku - Spider

Lirik Lagu Nazraku - Spider

Di bawah pohon rindu aku duduk mengenangmu
Kala ku dongak ku terpandang cahayamu

Lalu aku berjanji pada diriku sendiri
Apapun terjadi kau akan ku miliki

Kan ku gagah sampai ke pintu langit tujuh
Selagi ku tak kau dampingi kekasih
Hari ini mungkin ku kan tewas dan hampa
Esok lusa siapa tahu

Jangan kau tanyakan apakah alasan rasionalku
Kerana ku sendiri tak tahu
Oh… ku hanyalah menurut perintah jiwa
Kata Nazraku dah benar

Di bawah pohon rindu aku duduk mengenangmu
Kala ku dongak ku terpandang cahayamu

Lalu aku berjanji pada diriku sendiri
Apapun terjadi kau akan ku miliki

Kan ku gagah sampai ke hujung nafas biru
Selagi ku tak kau dampingi kekasih
Hari ini mungkin kau tolak ku ketepi
Esok lusa siapa tahu

Jangan kau tanyakan mengapa ku emosi
Mengapa ke sebegini berani
Kau haruslah menurut perintah jiwa
Kata Nazraku benar sebenarnya