Showing posts with label Noraniza Idris. Show all posts
Showing posts with label Noraniza Idris. Show all posts

Lirik Lagu Halal Bihalal – Noraniza Idris ( Lagu Raya)

Lirik Lagu Halal Bihalal – Noraniza Idris

Salam sua di hari mulia
Eh eh eh eh pinta maaf dipinta
Dendam lama tawar bisanya
Eh eh eh eh ria di hari raya

Nan gemalai tarinya pelita
Bagaikan melambai si anak desa
Ooo… mana teruna liar berbega
Mana jelita mekar berbunga

Korus
Ayuh pulang terdengar takbir gema
Jauh tandang berkhabar teman lama
Nak berdendang bermesra senyum tawa
Pohon ampun dirahmat ayah bonda
Duduk himpun erat sanak saudara
Utus doa kepada yang tiada
Hai bersama semua bergembira

Mana tua usahlah dilupa
Eh eh eh eh pinta maaf dipinta
Ooo… mana muda segak bersapa
Eh eh eh eh ria di hari raya
Ooo… halal bihalal segala dosa
Eh eh eh eh pinta maaf dipinta
Ooo… kampung laman dihati jua
Eh eh eh eh ria di hari raya

Ayuh pulang terdengar takbir gema
Jauh tandang berkhabar teman lama
Nak berdendang bermesra senyum tawa
Pohon ampun dirahmat ayah bonda
Duduk himpun erat sanak saudara
Utus doa kepada yang tiada
Hai bersama semua bergembira
Hai bersama ria di hari raya

Lirik Kuasa Cinta Noraniza Idris dan Black

Lirik Kuasa Cinta Noraniza Idris dan Black

Di mana akhir cinta selalu ada gelora menduga hatiku
Seluruh jiwa raga terkadang masih tak daya mengikat hatimu
Sendiri ku tangisi riwayat cinta nestapa di dalam hidupku
Menanti dan menanti belum pun aku terima apa di kasimu

Ku memohon kepadamu bersabar dalam penantian
Ku rasai korban cintamu dalam sendu air mata

Bukan ku undur diri menuding janji setia puspita hidupku
Kekadang hati ini dicubit kata berapi yang pilu yang palsu
Ku bermohon padamu kau lihatlah mataku yang menanggung derita
Jiwa yang resah parah tak bernoktah dalam rindu dambaan darimu

Ku memohon kepadamu bersabar dalam penantian
Ku rasai korban cintamu dalam sendu air mata

Kuasa cinta bisa hentikan sang pendusta
Kuasa cinta kita rasakannya
Lafazkan semua dendam amarah fikirmu
Cinta setia akhirnya bersatu
Bersatu dalam cinta itu

Ku bagai bintang buatmu
Kau bagaikan matahari
Yang sering sinar menyinar
Ku tanya mana cintamu
Kau tanya mana cintaku
Tiba lama kemuncaknya
Ku hampar satu harapan
Ku lakar satu impian
Mengoraklah kenyataan
Dirikan buana cinta
Binakan mahligai putra
Anugerah cinta setia

Kuasa cinta bisa hentikan sang pendusta
Kuasa cinta kita rasakannya
Lafazkan semua dendam amarah fikirmu
Cinta setia dalam lindungan Tuhan

Lirik Lagu Enjut - Noraniza Idris ft Cat Farish

Lirik Lagu Enjut - Noraniza Idris ft Cat Farish

Cat Farish:

Hei nak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Dah keras kematu tak tahu mana arahnya

Noraniza Idris:
Takkan rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi

Layu..layu dan terbuang
Dibawa angin tanpa hala
Aduh mana pergi..
Ke mana terbang hendak terbang
Gelita hari penuh walang
Lantas kau kembali

Korus:
Noraniza Idris / Cat Farish:
Enjut ewah enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut jangan tak enjut
Enjut mari mari enjut

Enjut enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut nak tak enjut
Enjut ramai ramai enjut

Cat Farish:
Indah dan berlagu
Membuat kita mengenjut-ngenjut
Ikut rentak raggaethon gabungan

Gerakan dari yang asli
Ke kiri ke kanan
Goyangkan badan halus gerak geri
Jari jemari bersama diserikan

Noraniza Idris:
Tegak atau rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi

Pulang pulang engkau pulang
Ke akar umbi pangkal jalan
Ramai menantimu
Ke sini duduk diam-diam
Usahlah lagi kau tenggelam dalam kesamaran

Ulang Korus

Cat Farish:
Kencang nafas berdenyut nadi
Bagai kuda lari
Begitulah hati
Ke tepi duri-duri melingkari
Derasnya air membanjiri
Hunuskan kata sakti

Verse Rap:
Galak dicanang dagangan orang
Gelanggang haus bidang ke bidang
Pupus tradisi tidak
Monopoli pelesit bersangkar
Memajak butakan buru penunggu kota
Meraba-raba pulang ke pangkal desa
Pekik melaung sesat hingga ke akar umbi
Dicari di mana hilangnya jati diri

Ulang Korus




Single Terbaru Noraniza Idris. Sebuah lagu kuda kepang etnik ciptaan Cat Farish, ia mempunyai tiga versi iaitu etnik kuda kepang, kontemporari dan fusion.

Lirik Ngajat Tampi - Noraniza Idris

Lirik Ngajat Tampi - Noraniza Idris


Tampi ngalah tampi
Ngadik tampi ngalah
Padi ngabang
Esok hamba datang
Tumpang makan nak
Tumpang makan

( ramai )
Sentak tangan kanan
Ngalah ngadik peluk tangan kiri
Jangan hamba jangan
Ngalah ngabang lupa dilupakan

Tilek tenung
Ngabang lama ditenun
Tenung budi anak negeri...
Oh...oh...oh...oh...lale di lale
Nak menumpang kasih
Tuan budiman
Nak menumpang kasih
Tuan budiman

Tampi ngalah tampi ngadik tampi
Ngalah padi ngabang
Padi ngabang
Jemur tengah hari
Petang kering petang keringnya

( ramai )
Sentak tangan kanan
Ngadik tampi
Peluk tangan kiri
Sedulang bersama
Ngalah ngabang makan bersama

Bukan hamba nak sebarang tumpang
Tumpang kasih nak berlangsir sayang
Bukan hamba nak sebarang singgah
Nak berkampung berteratak sayang

( ramai )
Tampi ngalah tampi... tampi ngalah tampi
Ngalah dik
Tampi ngalah padi... tampi ngalah padi
Sedulang bersama... dek bersama
Makan kita makan bersama

Sentak tangan kanan ngalah dik
Peluk tangan kiri
Jangan hilang jangan
Ngalah ngabang hilang di hati

Bukan kenang nak sebarang kenang
Kenang budi di anjunglah hati
Bukan walang nak sebarang walang
Walang diri terpisahlah pergi...
Ah...

( Leleng...leleng...leleng...leleng...leleng
Uyau along leleng nalan )

Nyalang burung
Burung kenyalang
Diperabung rumah bertinggung
Oh...oh...oh...oh... lale di lale
Bila ingat ngabang berat nak pulang
Bila ingat nagbang berat nak pulang

Tampi ngalah tampi...
Ngadik tampi
Ngalh padi ngabang...
Padi ngabang
Bila tumbuk nanti
Kenang hamba kenang kenangkan

Sentak tangan kanan...
Sentak tangan kanan ngalah dik
Peluk tangan kiri...
Peluk tangan kiri...
Jangan hamba jangan
Ngalah ngabang lupa dihati

Lirik Empat Dara - Noraniza Idris

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru

Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Hitam Manis Hai PandanglahTak Jemu

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu
Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya
Bersiar-siar Sekeliling Kota

Sekali Pandang Senyuman Manisnya
Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa

Lirik Racau Sang Khalifah - Noraniza Idris/ Liza Hanim

Lirik Lagu Racau Sang Khalifah - Noraniza Idris/ Liza Hanim

Lama meronta bagai pancakara
Terbeban melara di sangkar penjara
Bebaskan jiwa racau dalam dada
Hentikan niskala gangguan durjana

Bermusim lama bayang hitam mengejarmu
Akal merapuh, hati lusuh, jiwa derita
Seluas alam telah dipelitakan
Mengusir sangsi jalanan gelap gelita

Mengapa dayus menyerah
Sayapku luka berdarah
Mengapa layu menyembah
Terputus tali wasilah

Bergandingan tangan seiring melintas maya
Kita ranumkanManisan iman
Setelah lara
Diduga gelora

Kuhampar bintang-bintang
Kilau emas gemilang
Kuukir jadi gerbang
Perisai medan juang
Cahaya yang menyuluh larik dari sanubari

Andai aku khalifah
Mendamai bumi fana
Subur ilmu melimpah
Bersujud penuh redha
Amanah yang mulia umpama pohon merendang
Amanah yang mulia melambai taman kencana

Larilah dari arah
Yang merubah jati wira sukma
Bujur lalu, lintang patah
Redah mengejar cahaya
Kilauan di ruang fikir
Yang memanggil-manggil
Usir kelam di jiwa yang fakir
Moga nanti kan terpatri
Tugu minda bak mentari
Terangnya tampak geliga
Sinarnya tampak permata
Bangkitlah!!!

Melayang di sana melayang
Burung terbang pipiskan lada
Terbayang di mata terbayang
Tuan datang berlapang dada

Melati harumnya melati
Seri tari puteri menari
Menanti lamanya menanti
Suci hati paksi pekerti

Berserak kenanga berserak
Petang redup lamar pelangi
Semarak cahaya semarak
Suluh hidup menabur budi

Bertingkah riuhnya bertingkah
Dalam lagu seulas rindu
Pujangga persada pujangga
Hulur sakti murni hasratmu

Lirik Awallah Dondang - Noraniza Idris

Awallah dondang (2 X)
Dondanglah sayang
Ayum-ayum
Awallah dondang
Dondanglah sayang

Suara mersik burung kenari
Bagai meraut rotan sebatang (2 X)
Ayum-ayum
Tiada nasib untuk dicari
Bagai melukut tepian gantang (2 X)
Ayum-ayum

Awallah Dondang (2 X)
Dondanglah sayang
Ayum-ayum
Awallah dondang
Dondanglah sayang

Serindit putih di dahan manggis
Kemana pergi burung kenari (2 X)
Ayum-ayum
Langit merintih awan menagis
Lukanya hati tanggung sendiri (2 X)
Ayum-ayum

Awallah dondang (2 X)
Dondanglah sayang
Ayum-ayum
Awallah dondang
Dondanglah sayang