Showing posts with label Khalifah. Show all posts
Showing posts with label Khalifah. Show all posts

Lirik Kata Sombong - Khalifah

Lirik Lagu Kata Sombong - Khalifah

Beras pulut sebab kelapa diparut
Sakit badan memang kerna mulut
Syaitan ikut iblis menghasut
Otak kusut dilanda ribut
Angin kencang tak boleh kau tahan
Jangan kau nak berangan
Angan angan jadi tuhan

Dulu (dulu)
Kau miskin
Mulia ada cinta
Bila (bila)
Kaya raya
Kau menghina mendapik dada

Kau lupa sanak saudara
Teman kawan mengadu damba
Kata sombong (kata sombong)
Engkau lambung
Siapa sanjung gunung yang condong

Turun perintah zakat dan fitrah
Kawan lama kau pandang hina
Bukan salah emak bapak
Ingkar bukan cipta derhaka

Hati baik balasnya syurga
Busuk hati jawapnya neraka
Buat baik berpada pada
Buat jahat dapat penyakit

Lirik Puteri Di Rimba - Khalifah

Lirik Lagu Puteri Di Rimba - Khalifah

Gemersiknya buluh perindu
Datang dari hembusan asmara
Puteri di rimba

Halus rias puteri bistari
Sang arjuna rebah ke bumi
Sungguh ayu tiada terperi
Seisi alam teguh berdiri

Duduk bersimpuh didalam hati
(Hey! Duk bersimpuh didalam hati)
Mengusap kembali cinta suci

Wilayah persegi
Telah pun kau takluki
Aku bagai di dalam mimpi
(Kamu bagai di dalam mimpi)
Terjaga tidur puteri disisi

Hari ke hari cinta bersemi
(Hey! Cinta bersemi)
Kau di hati sukar diganti
Walau pun berhari hari
Kasih tetap bersemi

Cinta sejati terpancar kini
(Cinta sejati terpancar kini)
Segala janji telah terpatri
(Segala janji telah terpatri)

Dikau bagai urat dan nadi
Kecintaan makin sebati
Biarlah debar kita akhiri
Ku lafaz cinta intan di jari

Lirik Lagu Cintamu Cintaku - Khalifah

Lirik Lagu Cintamu Cintaku - Khalifah

Betapa berdosanya diriku
Kerana dustanya cintaku
Betapa bersalahnya diriku
Kerana cintamu padaku

Semuanya maafkan aku
Kerana ku luahkan cintaku
Kau hukumlah perbuatanku
Kerana aku mencintaimu

Kerana cinta aku bernyawa
Kerana cinta adanya jiwa

Cinta

Maafkan aku cinta
Diantara jiwa jiwa
Tercipta satu cinta
(Cintamu cintaku)

Hanya kerana cinta
Maka terjadi segala
Semuanya demi cinta
(Cintamu cintaku)

Maafkan aku cinta
Diantara jiwa jiwa
Tercipta satu cinta
(Cintamu cintaku)

Hanya kerana cinta
Maka terjadi segala
Semuanya demi cinta
Cintamu cintaku
(Cintamu cintaku)

Lirik Insan Terhina - Khalifah

Lirik Lagu Insan Terhina - Khalifah

Dikala malam ku bersendirian
Berteman bulan bintang cahayanya suram
Hati tersiksa jiwa ku merana
Mengharap kasihnya orang

Apakan daya ku insan biasa
Pedih jiwa ku rasa bila dihina
Hanya linangan oh airmata
Menjadi teman kala duka

Kasih yang aku semai
Racun bisa balasannya
Apakah ini suratannya diriku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Oh kekasihku

Istana yang ku bina
Runtuhnya sekelip mata
Hancurnya satu cinta yang setia
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerana balasan cintamu padaku
Oh kekasihku

Berlalu sudah cinta yang terlara
Hanya jadi kenangan dalam ingatan
Ungkapan bisa masih ku terasa
Akulah insan yang terhina
Akulah insan yang terhina
Akulah insan yang terhina