Untuk dirimu
Kasih yang satu
Pengorbanan tak mengenal batasan
Tiada mengira di mana ku berada
Kasihku tetap nyata
Kepadamu jua
Aku bersungguh menyintaimu
Tiada lagi yang harus kusembunyi
Sanggup ku menjadi
Lilin yang menerangi
Walau membakar diri
Demi untukmu
Aku mahkotakan janji
Akan ku teduhimu
Dalam tiap panas dan hujan
Sekalipun aku rebah
Keranamu kupertahankan
Kerana kau kasih
Tak pernah kumerasa gentar
Walau sepayah mana
Aku rela
Oh
Yang aku tahu
Yang aku rasa
Cuma dikau dalam hati bertakhta
Sekali pun pahit
Diriku disakiti
Tiada yang lebih indah
Oh selain dari
Melihat dikau bahagia
0 comments:
Post a Comment
# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!