Biodata Farid Kamil

Tentang Farid Kamil

# Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid kamil Zahari berasal dari Alor Star, Kedah.

# Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) Dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini dilahirkan pada 5 Mei 1981 adalah anak sulung daripada lima beradik.

# Selain bergelar pelakon, Farid kini berjinak-jinak dalam dunia pengarahan. Filem pertamanya menghadapi sedikit masalah berikutan menggunakan perkataan Remp-It, oleh kerana itu tajuk filem itu ditukar kepada V3 Samseng Jalanan. Filem itu dijangka masuk panggung Mac ini.
# Farid juga memiliki syarikat sendiri yang diberi nama Untitled Art Works Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam urusan penghasilan skrip V3 Samseng Jalanan.

# Antara filem lakonan jejaka ini ialah 7 Perhentian, Remp-It, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Estet dan Papadom.

# Pernah bercinta dengan Irma Hasmie. Farid kemudian dikaitkan dengan dua wanita kacukan iaitu Lisa Surihani dan Diana Danielle. Oleh kerana lima kali berlakon di samping Lisa, maka mereka digosipkan. Filem yang menyaksikan gandingan dua nama ini ialah I’m Not Single, 3 Janda, V3, Lagenda Budak Setan dan Semerah Cinta Stileto.

# Pernah meraih Anugerah Bakat Muda Seni Filem (Pelakon) pada Anugerah Seni Negara Ke-8 dan dilantik menjadi Wajah Eksklusif Astro Megadrama.

6 comments:

  1. dalame admire ngn farid kamil...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. abg farid ni encem sgt2 la
    padan tol kalo ngn ;isa surihani............
    moga2.=)

    ReplyDelete
  3. ske farid kamil............=)

    ReplyDelete
  4. farid kamir is my favourite artist .. hehe
    he is very hensom boy !!

    ReplyDelete
  5. very talented artist..
    good looking..
    macho looking guy..
    every woman 'dream guy'..

    +yena sabrina+

    ReplyDelete

# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!