Lirik Manusia - The Rebel Scum

[Intro]
Manusia
Manusia
Manusia

[MicWreck]
Aku jahil, dan ia timbul daripada kebangkitan
Isu-isu semasa yang masih tiada jalan
Penyelesaian, diselesaikan
Dengan perjumpaan perbincangan dan bersalaman sahaja
[WordsManifest]
Tak guna merintihkan, insan kemelesetan
Manusia merebut kuasa hingga kesempitan
Lagi kejahatan kebas kesesatan
Kita semua hilang peluang bila rampas kesempatan

[hqa]
Kerosakan dilakukan tanpa fikir lebih sekali
Tapi itulah realiti bende dah jadi
[Illson]
Pedih sekali sedih tak jelas tak nampak
Dah takde hitam putih keliru dan semak
[hqa] Siapa hero siapa penyangak?
[Illson] Aku pun tak tahu
[hqa] "Polis Dunia" lagak mulia,
[Illson] Tapi macam hantu
[hqa]
Pastu satu-satu tanah orang dia buat atuk
Macam bapak dia punya, macam dah kena rasuk

[Chorus]
Manusia
Jawapannya pada kita
Manusia
Sesama kita derita
Manusia
Lupa pada Maha Esa
Manusia
Kan kembali kepada-Nya

[Illson] Baik buruk manusia
[MicWreck] Yang dipuji dipuja
[Illson] Hidup mati di dunia
[MicWreck] Tiada siapa berbeza
[Illson] Ketenangan dalam kegelapan aku anggapkan
[MicWreck] Umpama nafsu diri dihimpit kehasutan
[Illson] Kehausan cinta?
[hqa] Itu memang buta
[Illson] Apa yang nak jadi?
[WordsManifest] Jangan asyik nak main gila
[hqa] Ikut suka engkau
[Illson]
Bergurindam bila dah senang
Bila bala menimpa semuanya akan terbenam

[hqa]
Adakah tak, perlu lagi hasutan
Dah tentu serabut dan, manusia kan takutkan
[WordsManifest]
Kesempitan dunia
[hqa]
Takutkan bende yang tak sepatutnya
[WordsManifest]
Tak perlu kerja lagi setan hanya duduk selesa
[hqa]
Lihat saja kita hancur diri sendiri
[WordsManifest]
Sambil ia tunggu dirinya kembali pada api
[hqa]
Mudah sekali, sudah sebati
[WordsManifest]
Menjadi sebahagian diri manusia yang berciri lemah ini

[Chorus]
Manusia
Jawapannya pada kita
Manusia
Sesama kita derita
Manusia
Lupa pada Maha Esa
Manusia
Kan kembali kepada-Nya

[Outro]

0 comments:

Post a Comment

# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!