Kerana TakdirNya - Ukays

Bukan mudah untuk ku sisihkan
Kehadiran cinta tak diundang
Semakin ku cuba menepiskan
Semakin bertandang

Dalam diam tunasnya berputik
Dalam hati semakin berdetik
Rasa cinta semakin melimpah
Di kolam hati ku

Bagaikan mabuk asmara
Dilambung ombak rindu ini
Sehingga ku hampir lemas
Di muara

( korus )
Seumpama langit dan bumi perbezaan kita
Kerana takdirNya cinta yang bersemi
Dalam keresahan yang tiada bertepi
Ku nikmati cinta sesudah sengsara

Hilang dendam timbul sayang berpanjangan
Untuk kita melayari bahtera hidup

( roll )

( korus )
Bak langit dan bumi perbezaan kita
Kerana takdirNya cinta yang bersemi
Dalam keresahan yang tiada bertepi
Ku nikmati cinta sesudah sengsara
Kini ku sedari ku sedang diuji
Untuk merasai kasih yang bererti

Hilang dendam timbul sayang berpanjangan
Untuk kita melayari bahtera hidup

0 comments:

Post a Comment

# Please correct lyrics @ comment box if the lyrics are wrong. Thx!